FILEM Mulan ditunda buat kali ketiga.
FILEM Mulan ditunda buat kali ketiga.
Agensi 

PENERBIT filem Disney sekali lagi menangguhkan penayangan filem Mulan untuk kali ketiga. 

Filem yang awalnya dijadualkan ditayang pada 24 Julai ini, ditunda kepada 21 Ogos depan, pula.

"Walaupun pandemik ini mengubah rancangan mengenai penayangan Mulan, kami akan terus bersikap fleksibel dalam mengikuti situasi ini dan ia tidak mengubah keyakinan kami terhadap kekuatan filem ini serta mesej, harapan termasuk kegigihannya," kata Ketua Pegawai Kreatif Disney, Alan Horn dan bekas Ketua Pengerusinya Alan Bergman. 

Menurutnya, pengarah Niki Caro dan kru serta barisan pelakon Mulan juga berjaya menghasilkan sebuah filem yang indah, epik dan mengharukan.

"Ia seharusnya menjadi pengalaman sinematik, dan di situlah kami percaya, di pentas dunia dan di layar lebar untuk dinikmati dengan gembira oleh penonton di seluruh dunia," katanya. 

Penundaan penayangan Mulan dibuat selepas Warner Bros menunda penayangan filem Tenet, iaitu satu filem berkonsep fiksyen ilmiah arahan Christopher Nolan untuk kali kedua.

Filem dibintangi John David Washington dan Robert Pattinson ini dijadualkan akan ditayangkan pada 12 Ogos nanti. 

POSTER Filem Mulan.
POSTER Filem Mulan.

Keputusan Disney menunda tayangan Mulan dilakukan kerana melihatkan jadual Tenet yang turut ditunda.

Akibat keputusan Tenet ini, Mulan menjadi filem besar pertama yang diharapkan dapat kembali mengajak penonton ke pawagam.

Walaupun Nolan adalah penyokong utama penayangan filem di pawagam, sumber dalam industri mengatakan bahawa Disney tidak mahu Mulan menjadi bahan uji kaji untuk penayangan filem baru ketika pandemik.

Terdahulu pawagam di seluruh negara di dunia ditutup selama enam bulan untuk menghentikan pandemik Covid-19.

Namun, Jaringan pawagam raksasa di Amerika Syarikat seperti AMC, Regal dan Cinemark akan kembalimembuka pawagam mereka pada Julai ini.

Bagaimanapun kepastian untuk melihat penonton kembali membanjiri pawagam sukar dijangka.

Sementara itu, filem Mulan yang dibuat dengan anggaran hingga US $200 juta (RM858 juta) diharapkan menerima sambutan hebat peminat di China.

Filem Mulan dibintangi Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Jet Li, Nelson Lee, Jun Yu, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Rosalind Chao dan Tzi Ma.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 12:46 PM