RADCLIFFE (kanan) bersama Emma. FOTO IG Daniel Radcliffe
RADCLIFFE (kanan) bersama Emma. FOTO IG Daniel Radcliffe
Agensi

PELAKON filem Harry Potter, Daniel Radcliffe akan memastikan tidak ada hubungan istimewa ke arah percintaan dijalinkannya bersama rakan pelakon, Emma Watson.

Radcliffe, 31, dalam temubualnya berkata dia tidak pernah sekalipun keluar bertemu janji dengan Emma, 30, sepanjang persahabatan mereka.

"Hubungan saya dengan Emma dari dahulu (ketika membintangi Harry Potter) hingga sekarang hanya sahabat baik. Kami berdua tidak akan pernah bercinta.

"Walaupun kami masih bujang, jijik rasanya kalau saya bercinta dengan sahabat baik sendiri. Ditambah lagi, kami pernah bekerja satu pasukan dalam filem," katanya.

Menurut Radcliffe, gosip cinta dia dengan Emma memang pernah wujud kerana peminat sangat berharap mereka akan menjadi pasangan kekasih sebenar.

"Peminat memang nak saya betul-bertul bercinta dengan Emma. Tapi, perkara itu mustahil terjadi kerana kami tidak pernah menyimpan perasaan sesama sendiri.

"Bagi saya idea peminat yang masih inginkan kami bercinta itu sudah lapuk dan keterlaluan. Perkara ini takkan pernah terjadi," tegasnya.

Ujar Radcliffe, dia bahagia dan gembira apabila melihat rakan-rakannya ada perancangan kehidupan mereka sendiri.

Katanya, Emma pasti ada pilihan teman lelaki diiimpikan. Malah, seorang lagi sahabat kami, Rupert Grint sudah pun memiliki anak bersama pasangannya, Georgia Groome pada 7 Mei lalu.

"Sejujurnya, saya cukup seronok dengan persahabatan erat kami bertiga yang masih kekal hingga kini walaupun sudah 19 tahun ketika sama-sama berlakon dalam filem Harry Potter dahulu.

"Jadi, untuk harapkan saya dan Emma menjadi pasangan kekasih memang tidak akan berlaku. Kami sudah matang dan ada haluan kehidupan sendiri," katanya.

Filem pertama Harry Potter iaitu Philosopher's Stone diterbitkan pada 2001, manakala siri terakhir Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 ditayangkan pada 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 1:00 PM