ZAINOL (empat kiri) bergambar bersama keluarga ketika majlis pernikahan anaknya, Zahirah dan suami, Aiman Hakim Ridza . FOTO Hairul Anuar Rahim
ZAINOL (empat kiri) bergambar bersama keluarga ketika majlis pernikahan anaknya, Zahirah dan suami, Aiman Hakim Ridza . FOTO Hairul Anuar Rahim
Ridzuan Abdul Rahman

PELAKON Zainol Johari Macwilson tetap akan memantau perkembangan anaknya, Zahirah Macwilson biarpun pelakon itu sudah bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza Abdoh.

Zahirah, 25, atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson selamat bergelar isteri kepada Aiman, 31, dalam satu majlis berlangsung di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara, pada Khamis lalu.

"Sebagai bapa, saya akan terus pantau Zahirah. Bukan dia saja, tapi Aiman juga kerana dia menantu saya.

"Kedua-duanya pasangan muda, jadi mereka perlukan lebih bimbingan untuk melayari kehidupan berumahtangga yang dikira masih baru.

"Justeru, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu memperbaiki apa yang kurang," katanya.

Zainol, 62, memberitahu, dia juga banyak mengajar dan memberikan nasihat berguna kepada Zahirah untuk melayari kehidupan berumah tangga.

"Faham sajalah kedua-duanya anak seni, jadi kenalah sentiasa sabar dan tabah dengan dugaan.

"Apa yang pasti sikap cemburu akan ada tapi kenalah buang jauh-jauh. Paling penting sikap saling memahami kena ada pada mereka.

"Saya juga harap dengan perkahwinan ini, mereka dapat buka buku baru dalam hidup. Biarlah mereka tutup buku lama serta kontroversi sebelum ini," katanya.

Menurut Zainol, dia bersyukur kerana dapat menjadi wali untuk perkahwinan anaknya.

"Syukur saya dilanjutkan usia untuk lihat anak sulung berkahwin. Memang agak keberatan untuk melepaskan dia tapi sudah jodoh Zahirah dengan Aiman.

"Saya pun lihat Aiman baik orangnya dan percaya dia dapat membahagiakan Zahirah.

"Saya minta semua pihak doakan rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke jannah," katanya.

Berita berkaitan

Kek terbalik Zahirah, Aiman curi tumpuan

Ikatan kasih lerai gementar

Zahirah & Aiman sah suami isteri

Zahirah MacWilson & Aiman bersatu malam Jumaat

Tak berharap 'Wedding of the Year'

Tunggu dan lihat: Zahirah MacWilson

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 5:28 PM