NINA bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya yang lebih awal daripada jangkaan. FOTO Instagram Nina Iskandar
NINA bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya yang lebih awal daripada jangkaan. FOTO Instagram Nina Iskandar
Norhayatin Nordin


RASA syukur tidak terhingga dan hadiah tahun baharu 2020 begitu bermakna buat pelakon Nina Iskandar, 28, yang menimang cahaya mata hari ini.

Nina yang berasal dari Brunei selamat melahirkan anak sulungnya jam 9.25 pagi hari ini.

Dalam perkongsian di Instagramnya, Nina memaklumkan dia sepatutnya dijangka bersalin pada tahun hadapan.

"Kamu sepatutnya menjadi bayi 2020 tetapi sesungguhnya saya percaya perancangan Allah itu lebih baik.

"Assalamualaikum dan selamat datang ke dunia, anakku. Tak kira dunia atau akhirat kamulah rahmat dan hadiah tak ternilai daripada Allah yang memberikan gelaran 'ibu' buat saya," tulisnya.

Menurut pelakon drama Andainya Takdir dan Andainya Takdir 2 di TV3 itu, kini dia menggalas tanggungjawab besar.

"Kini, kamulah tanggungjawab saya sekarang dan saya bersumpah akan melindungimu dan menjaga kamu sepanjang hayat.

"Hari ini, 23 Disember menjadi tarikh keramat kelahiran kamu anak sulung saya, alhamdulillah," tulisnya.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April lalu.

Nina dan Mohd Azlan atau lebih dikenali Lan Lebah berkenalan ketika terbabit dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi arahan Heykal Hanifah.

Selepas empat bulan bernikah, pasangan itu mengadakan majlis persandingan mereka pada 4 Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 8:32 PM