KETUA Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar (dua kiri) Pengarah Ejen Ali The Movie, Usamah Zaid (empat kiri) bersama para pelakon suara pada sidang media Ejen Ali The Movie di GSC Mid Valley Megamall. FOTO Nurul Syazana Rose Razman.

Sudirman Mohd Tahir

Filem animasi Ejen Ali The Movie mencatat kutipan RM6.4 juta selepas tiga hari ditayangkan di 162 pawagam tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, jumlah itu di luar jangkaan dan berharap kutipan akan bertambah kerana cuti sekolah yang sudah bermula.

“Terima kasih atas sokongan yang diberikan terhadap produk filem Malaysia. Dari awal lagi kami sangat terkejut dengan sambutan luar biasa ini dan menerima banyak maklum balas positif daripada penonton.

"Malah, apa yang membuatkan kami lebih bersemangat adalah ramai mengatakan kualiti filem ini mengalahkan filem antarabangsa. Saya berharap, angka ini akan bertambah sepanjang musim cuti sekolah ini,” katanya.

Terdahulu, Ejen Ali The Movie mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta selepas hari pertama ditayangkan.

Catatan kutipan itu juga sekaligus mencatat rekod baru bagi kutipan hari pertama untuk filem animasi tempatan sejak tayangan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 11:33 AM