THORPE mewakili FDAM akan mengadakan majlis tahlil dan kutipan sumbangan di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). FOTO Instagram Thorpe Ali
THORPE mewakili FDAM akan mengadakan majlis tahlil dan kutipan sumbangan di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). FOTO Instagram Thorpe Ali
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


PERSATUAN Sutradara Malaysia (FDAM) bersimpati dengan kejadian lemas yang membabitkan pengarah filem, Pitt Hanif, 43, namun menegaskan insiden itu tidak berlaku di tempat kerja.

Setiausaha Kehormatnya, Thorpe Ali berkata, kemalangan itu terjadi sehari selepas penggambaran filem Coast Guard berakhir iaitu pada Jumaat lalu.

Katanya, arwah dan rakannya, Sham Mokhtar, 38, menjalankan aktiviti riadah sendiri dengan menaiki sebuah bot untuk memancing di Sungai Jelai, Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu lalu.

"Kami (FDAM) amat bersedih dengan pemergian arwah dan sesungguhnya kematiannya itu amat dicemburui (syahid kerana lemas).

"Pemeriksaan mendapati arwah bergelar ahli sejak 2009 dan begitu komited sewaktu bertugas.

“Dalam masa terdekat pihak kami akan menyampaikan sumbangan peribadi kepada ibu arwah (Fauziah Nawi)," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, pihaknya juga berusaha mendapatkan pampasan daripada pihak insurans bagi membantu keluarga arwah.

Menurut Thorpe, pihaknya menyarankan ahli FDAM untuk mendapatkan perlindungan insurans dan keluarga boleh mendapat pampasan antara RM30,000 ke RM52,000 jika berlaku kematian.

Katanya, biarpun perlindungan insurans bukan paksaan tetapi ahli perlu membuat persediaan ibarat menyediakan payung sebelum hujan.

"Pada Jumaat ini, kami akan mengadakan majlis tahlil dan kutipan sumbangan di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)," katanya.

Berita berkaitan

Arwah Pitt disifatkan sebagai tangan kiri Yasmin Ahmad

Rita mimpi seseorang tunjuk kedudukan arwah Pitt

Pitt Hanif selamat dikebumikan [METROTV]

Air mata ibu sambut kepulangan Pitt

[UPDATE] Mayat Pitt dijumpai terapung

'Pitt... maafkan mama' - Fauziah Nawi [METROTV]

'Saya masih perlukan dia'

Fauziah Nawi sabar menanti...

Pitt cuba berenang untuk selamatkan diri

[UPDATE] Radius 3km cari Pitt Hanif

'Saya tahu awak kuat Pitt' - Farah

Anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 4:14 PM