RITA sanggup keluar sedikit belanja untuk memastikan semua kucing selamat sepanjang cuti beraya. FOTO Arkib NSTP
RITA sanggup keluar sedikit belanja untuk memastikan semua kucing selamat sepanjang cuti beraya. FOTO Arkib NSTP
Najiy Jefri


PELAKON Rita Rudaini sanggup berhabis ribuan ringgit untuk menghantar empat kucing kesayangannya ke hotel kucing sepanjang seminggu berada di kampung halaman menyambut Aidilfitri.

Menurut Rita, demi memastikan keselamatan kesemua kucingnya yang digelar Pekan, Dahlia, Puspawangi dan Kuntum, dia tidak kisah mengeluarkan belanja yang agak besar.

"Saya sanggup keluar sedikit belanja untuk memastikan semua kucing selamat sepanjang cuti beraya.

"Setiap tahun saya memang menghantar kucing ke hotel kucing kerana tidak boleh bawa pulang ke kampung yang agak jauh.

"Tahun ini saya membuat tempahan awal kerana tahun lalu bilik istimewa untuk kucing penuh," katanya.

Rita yang akan pulang beraya di Kangar, Perlis berkata, dia pasti akan menangis setiap kali perlu berjauhan dengan kesemua kucing kesayangannya itu.

"Saya menangis ketika menghantar mereka ke hotel kucing, lebih-lebih lagi Pekan yang akan tidur bersama saya setiap malam. Malah anak juga sedih.

"Walaupun berat hati untuk menghantar mereka ke hotel kucing selepas insiden kehilangan Pekan awal tahun ini, tapi saya yakin kesemua kucing ini akan dijaga dengan baik.

"Lagipun saya selalu menghantar kucing ke hotel kucing yang terletak di Damansara sejak ibu Pekan iaitu Dahlia masih kecil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 4:40 PM