James Wan memberi arahan kepada barisan pelakon.
James Wan memberi arahan kepada barisan pelakon.
Nicole Kidman sebagai ibu Aquaman.
Nicole Kidman sebagai ibu Aquaman.
Jason Momoa akui dirinya seorang sensitif dan 'drama queen' di set.
Jason Momoa akui dirinya seorang sensitif dan 'drama queen' di set.
Bandar Atlantis versi bayangan James Wan mempunyai visual memukau.
Bandar Atlantis versi bayangan James Wan mempunyai visual memukau.

BELUM lagi ditayangkan di Malaysia waima Amerika Syarikat, filem aksi fantasi adiwira terbaru, Aquaman sudah pun pecah rekod hampir RM418,050,000 (AS$100 juta) di China. Malah, ia mengatasi filem Wonder Woman yang mencatat RM 377,917,200 (AS$90.4 juta) di negara itu.

Imbas kembali, 13 tahun lalu idea sebuah filem Aquaman sekadar luahan ketika pembikinan musim kedua Entourage oleh James Cameron. Ia juga tiga tahun sebelum bermula idea Marvel Cinematic Universe apabila idea ketengahkan adiwira kategori B dan C dalam filem sendiri masih sekadar bayangan.

Kemudian muncul figura Aquaman yang diikutkan tiada peluang langsung untuk memiliki filem sendiri hasil cetusan idea oleh James Cameron.

Ada beranggapan idea itu sudah pun luput atau hilang di ‘angin lalu’, tapi bagi James Wan pula, idea itu tidak akan hilang begitu saja. Antara sebab adalah melihat pada landskap adiwira yang mula berubah sejak 2005.

Menariknya, ramai melihat filem ini sebagai karya yang ada sudut percampuran bangsa dalam perwatakan dan pengarahan James Wan.

“Ya, itu adalah salah satu aspek dalam Aquaman yang saya fikir agak penting kepada judul serta tema filem ini. Kisah seorang lelaki yang lahir daripada pertembungan dua bangsa berbeza, manusia dan bangsa Atlantis.

“Lelaki itu berasakan dirinya tidak serasi dengan dua dunia berbeza dan disebabkan itu, dia sering menyendiri sehingga bertemu Mera yang akhirnya membongkarkan identiti sebenar dirinya,” kata James.

Pengarah asal Kuching, Sarawak yang membina nama di Hollywood ini sebagai pengarah filem Saw, Insidious, The Conjuring and Insidious: Chapter 2, Furious 7 dan The Conjuring 2, berkata, lelaki itu akhirnya sedar bukan perkara salah untuk memiliki dua budaya serta bangsa berbeza dalam diri lalu meraikan perbezaan itu.

Daripada meraikan perbezaan dan keunikan dimiliki, dia juga sedar insan hebat dalam dunia itu iaitu kebaikan daripada bapa serta kuasa daripada ibunya berbangsa Atlantis.

Bandar Atlantis versi bayangan James Wan mempunyai visual memukau.
Bandar Atlantis versi bayangan James Wan mempunyai visual memukau.

James Wan turut berasakan tidak sesuai membandingkan dirinya dengan James Cameron walaupun Cameron antara pencetus idea awal Aquaman.

“Rasanya tidak wajar sebab ia agak lucu. Ironinya, saya masih berada di landasan yang benar dan berharap filem ini juga menjadi sebaik Aquaman palsu,” katanya ketawa.

Dia turut meluahkan pendapat mengenai kejayaan terbesar Marvel dan mengapa ia wajar dicontohi.

Mengetepikan idea karakter komedi yang disukai, contohnya seperti watak Rocket the Racoon ciptaan Marvel, memudahkan DC memberi adiwira seperti Aquaman perhatian. Malah, James Wan turut melihat kembali watak menarik seperti Captain America dan Thor yang mempunyai sisi hampir sama.

“Saya fikir sesuatu yang menarik apabila Marvel mencipta watak Captain America dan Thor mudah dicapai ke pentas lebih besar terutama di luar Amerika Syarikat. Saat mampu menjadikan karakter seperti Captain America ‘bekerja’ di Rusia atau China, ia adalah tidak mustahil.

“Saya memberitahu DC bahawa saya faham dan hormati Aquaman adalah sebahagian daripada ‘universe’ yang lebih besar, tapi akhirnya saya perlu bercerita dan kembangkan karakter sebab ia adalah sebahagian daripada perjalanan seorang pengarah filem,” katanya.

James Wan memberi arahan kepada barisan pelakon.
James Wan memberi arahan kepada barisan pelakon.

Momoa beremosi, ‘Drama Queen’

Dalam Aquaman versi James Wan, Jason Momoa muncul sebagai Arthur Curry, kaki mabuk dan sesekali membantu nelayan tempatan. Bapanya, Temuera Morrison ialah manusia biasa manakala ibunya, Nicole Kidman ialah bangsa Atlantis yang hilang tanpa dikesan.

Apabila dia dapat tahu saudara tirinya, King Orm, (Patrick Wilson) merancang untuk isytihar perang dengan bangsa darat, Arthur dipujuk Mera (Amber Heard) untuk kembali ke Atlantis menuntut takhta.

Bercakap mengenai watak itu, Momoa berkata, dia dapat mengaitkan diri sendiri dengan Aquaman kerana masing-masing ada sejarah sendiri.

“Saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak takut untuk meluahkan perasaan walaupun ia membuatkan saya menangis. Boleh dikatakan saya ‘drama queen’ dan selalu juga menangis di set.

“Disebabkan itu, saya tidak akan melantik orang lain untuk memainkan emosi sebab boleh melakukannya sendiri. Ibaratnya, saya hanya terperangkap dalam tubuh badan besar ini saja,” katanya.

Nicole Kidman sebagai ibu Aquaman.
Nicole Kidman sebagai ibu Aquaman.

Aquaman versi Momoa mungkin belum menonjolkan sepenuhnya watak kepada peminat tempatan, tapi perjalanan solonya ini akan memberi lebih banyak masa buatnya meneroka karakter.

Arthur mula debut dalam DC Extended Universe dalam filem Justice League tahun lalu, tetapi penampilan ramai pelakon membuatkan ahli pasukan lain hanya muncul ikut tuntutan tersendiri.

Disebabkan itu juga, watak Aquaman berdepan beberapa isu dan Momoa mengakui dia dapat mengaitkan isu itu dengan dirinya.

“Saya suka watak ini yang separuh manusia, separuh Atlantis. Saya sendiri dilahirkan di Hawaii dan dibesarkan di Iowa, jadi datang dari Atlantis-Hawaii dan rasa tidak diterima di mana-mana,” katanya.

Filem Aquaman yang turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Nicole Kidman, Patrick Wilson dan Willem Dafoe ditayangkan di pawagam tempatan bermula esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Disember 2018 @ 11:41 AM