RANGKAIAN topi keledar adiwira DC.
RANGKAIAN topi keledar adiwira DC.
Lizam Ridzuan


Tampil menyerlah dengan gaya adiwira DC, Gracshaw menerusi model Gennex melancarkan topi keledar dengan enam rekaan menarik terdiri daripada Batman, Superman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash dan The Joker.

Setiap karakter dengan pengiktirafan eksklusif yang dihasilkan hanya 1,500 unit sahaja dan untuk Aquaman dan Wonder Wowan pula 500 unit.

Sesuai buat pengumpul dan peminat karakter DC ia juga didatangkan dengan kotak khas dan beg, sijil ketulenan dan pelekat unik DC serta visor boleh dipadankan dengan lapan warna menarik.

Corak diilhamkan berkaitan dengan personaliti watak seperti The Dark Knight dengan skima warna anggun dan suram, Superman ciri The Man of Steel dan Wonder Woman gaya pahlawan Amazon serta Aquaman membawakan aura agung raja Atlantis.

Ia bukan sekadar estetika, malah didatangkan dengan kualiti perlindungan lengkap dengan sijil Sirim untuk kegunaan jalan raya.

CORAK Superman.
CORAK Superman.

Selain selesa ia juga dengan mekanisma penguncian tali ciri cincin 'D', sistem pengudaraan berganda dan pelapik dalaman boleh tanggal.

Topi keledar ini juga berciri aerodinamik gabungan fungsi dan gaya bagi tunggangan lebih 'stylo' bersama motosikal.

Ia ditawarkan dengan saiz daripada M hingga XXXL dan mula berada di pasaran minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2024 @ 6:17 AM