Sudirman Mohd Tahir

PELAKON terkenal Maya Karin tidak menjangka filem lakonannya, Munafik 2 mendapat sambutan hangat penonton hingga mencecah kutipan RM21.6 juta bagi tempoh empat hari tayangan.

Maya yang melakonkan watak Sakinah mengakui watak itu begitu mencabar untuknya apatah lagi berlakon di bawah arahan Syamsul Yusof.

Maya juga berkongsi, sebaik memberi persetujuan untuk berlakon dalam filem itu, Syamsul merombak watak Sakinah dan menjadikan ia lebih besar dan menarik seperti yang dapat disaksikan.

Dalam masa sama, Maya memberi bayangan berkemungkinan terbabit dalam Munafik 3 sekiranya Syamsul yang juga penulis skrip, ingin memberi jawapan kepada persoalan penonton mengenai hubungan yang terjalin antara Sakinah dan Abuja lakonan Nasir Bilal Khan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 September 2018 @ 11:15 AM
MAYA Karin. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
MAYA Karin. FOTO Nurul Syazana Rose Razman