Isa tidak mengenali Caprice (kanan, bawah) dan hanya mengikut dialog dalam satu babak drama terbaru Bimbi dan Bonni Misi 007. FOTO SADDAM YUSOFF
Isa tidak mengenali Caprice (kanan, bawah) dan hanya mengikut dialog dalam satu babak drama terbaru Bimbi dan Bonni Misi 007. FOTO SADDAM YUSOFF
Najiy Jefri


"BUAT apa nak jadi Caprice. Saya tak kenal pun dia. Siapakah dia?," kata pelakon Isa Khan yang dikecam netizen gara-gara mahu menjadi seperti penyanyi rap, Caprice dalam satu babak drama terbaharu lakonannya berjudul Bimbi Dan Bonni Misi 007.

Kata Isa, dia tidak mengenali individu itu namun hanya mengikut dialog dilontarkan heroin drama terbabit, Sharifah Sakinah.

"Ketika saya dan Sharifah melakukan satu babak di dalam kereta, dia mengatakan saya hanya boleh melakukan sedemikian jika saya adalah Caprice. Kemudian saya memberitahunya bahawa saya akan jadi seperti Caprice selepas ini.

"Namun secara jujurnya, saya tidak mengenali individu ini. Saya hanya mengikut skrip dan dialog yang dilontarkan Sharifah ketika babak terbabit berlangsung. Lagipun itu ayat spontan saja," katanya.

Menurut Isa, dia tidak faham kenapa netizen mengecamnya sedangkan dia tidak terfikir untuk menjadi seperti Caprice.

"Sejak beberapa hari ini ramai yang marah saya mahu menjadi Caprice hanya disebabkan dialog itu. Buat apa saya nak jadi seperti Caprice. Saya punya identiti dan cara tersendiri.

“€œJadi janganlah kecam dengan mengatakan saya mahu menjadi sepertinya. Saya tidak mahu pun kerana tidak mengenali asal usul individiu ini,” €katanya.

Terdahulu, Isa memuat naik Insta Stories di akaun Instagram peribadinya yang meminta netizen untuk tidak terus mengecamnya apabila didakwa mahu menjadi seperti Caprice dalam satu babak sebuah drama yang dibintangi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 April 2018 @ 5:55 PM