Anzalna nafi berbadan dua. FOTO IG ANZALNA
Anzalna nafi berbadan dua. FOTO IG ANZALNA
Najiy Jefri


PELAKON jelita, Anzalna Nasir menafikan khabar angin dia kini berbadan dua.

Anzalna ditemui berkata, dia masih menantikan detik terindah itu namun belum rezeki dikurniakan cahaya mata selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

“Berat badan yang naik sebanyak 47 kilogram membuatkan ramai pihak beranggapan saya kini hamil.

“Lagipun, saya gembira dengan kehidupan sekarang yang tidak terlalu sibuk bekerja dan banyak masa dihabiskan di rumah,” katanya.

Menurut Anzalna, meskipun ramai pihak membuat spekulasi tidak benar, dia tidak berkecil hati sebaliknya bersyukur orang ramai menunggu dia menimang cahaya mata.

“Insya-Allah saya merancang untuk memiliki zuriat tahun ini. Jadi saya memilih untuk habiskan masa di rumah dan berehat.

“Jujur saya tidak marah atau berkecil hati. Malah saya bersyukur apabila ramai yang mendoakan dan menunggu saya mendapat zuriat.

“Apapun saya mohon doa yang baik-baik dan semoga impian untuk berbadan dua tahun ini tercapai,” katanya.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018 @ 8:58 PM