GUNUNG Barujari yang dirakamkan meletus semalam.
GUNUNG Barujari yang dirakamkan meletus semalam.
Agensi

Lombok: Gunung berapi Barujari diletakkan pada status berjaga-jaga selepas meletus tujuh kali semalam dan menghamburkan debu tebal setinggi 1.3 kilometer ke udara.

Pihak berkuasa meningkatkan status gunung berapi kedua paling aktif di Indonesia itu selepas ia mula meletus Ahad lalu dan semalam Australia membatalkan semua penerbangan ke Bali.

Ketua Agensi Bantuan Bencana Daerah, Azhar berkata, pada pagi semalam sahaja tujuh letusan yang disusuli gegaran kecil direkodkan di Barujari.

Katanya, debu tebal yang dimuntah gunung berkenaan dikesan bertaburan di tujuh kampung berhampiran.

“Kami membuat persediaan untuk memindahkan 40,000 penduduk di daerah Lombok Utara yang berhampiran gunung itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 8:09 AM