HAFIZH duduki tangga kelapan Moto2.
HAFIZH duduki tangga kelapan Moto2.
Oleh Saiful Affendy Sapran

Sepang: Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan tunggangan sensasi pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Malaysia semalam apabila menamatkan perlumbaan Moto2 di tangga kelapan meskipun sekadar bermula di petak ke-18.

Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu melakukan peningkatan ketara apabila berjaya memintas hingga ke kedudukan kesembilan pada pusingan keempat sebelum melepasi garisan penamat di tangga kelapan.

“Saya mula mendapat keyakinan semula pada sesi pemanas badan di sebelah pagi.

“Selepas berbincang dengan rakan sepasukan, kami melakukan pelarasan yang berbeza dan saya dapat atasi masalah seperti yang berlaku ketika sesi latihan bebas dan kelayakan,” katanya yang turut dikenali sebagai Pescao.

Jelas Hafizh, dia akan mempamerkan aksi lebih baik pada pusingan terakhir musim ini di Valencia dua minggu lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 7:00 AM