FOTO Luqman Hakim Zubir
FOTO Luqman Hakim Zubir
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

Pekan: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, meminta rakyat menolak militan Negara Islam (IS) yang perjuangannya jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Baginda bertitah, aktiviti militan berkenaan harus dibendung segera bagi mengelakkannya menular sekali gus mendedahkan negara kepada bahaya.

"Islam tidak pernah menganjurkan umatnya melakukan perubahan (seperti dilakukan IS) dan ia adalah satu perbuatan kejam.

"Sehubungan itu, beta menyeru rakyat Malaysia kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasullah SAW serta mengamalkan sikap toleransi," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Persembahan Ikrar Taat Setia, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Ke-85 di Istana Abu Bakar, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 3:33 PM