FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Oleh Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, di Majlis Konvokesyen ke-55, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini.

Ijazah berkenaan disampaikan oleh Canselor UTM yang juga Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Presiden Imperial College, London, Profesor Alice Gast, pula menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan di majlis berkenaan.

Lebih lima ribu graduan menerima pelbagai anugerah termasuk ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma, bagi konvokesyen kali ini.

Ini termasuk 406 graduan antarabangsa daripada 30 negara.

Universiti berkenaan sudah melahirkan 173,600 graduan, sepanjang 30 tahun kewujudannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 12:29 PM