SEKALI lagi disatukan apabila sama-sama beraksi di pentas teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
SEKALI lagi disatukan apabila sama-sama beraksi di pentas teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Seakan-akan ada jodoh, Amar Baharin, 30, dan Amyra Rosli, 23, kerap dipertemukan di layar kaca selepas cemerlang dalam drama adaptasi novel Suamiku Encik Sotong.

Tampil sebagai pasangan kekasih, keserasian dua bintang popular ini begitu terserlah menerusi karakter Erica Soffea dan Tengku Izhan.

Justeru, tidak hairan jika ada mengatakan Amar dan Amyra bukan sekadar kekasih di layar, sebaliknya manis menyulam cinta dalam kehidupan sebenar.

Biarpun kedua-duanya pernah menafikan perkara itu, peminat seboleh mungkin mahu melihat Amar dan Amyra bersatu di jenjang pelamin.

Terbaru, pelakon telefilem Pengantin 3 Jam itu sekali lagi disatukan di pentas teater Teng­gelamnya Kapal Van Der Wijck.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 5:01 AM