BSP Sutera memberikan jaminan keselamatan untuk keluarga melalui kawalan sekuriti 24 jam. - FOTO LBS Bina Group Berhad
BSP Sutera memberikan jaminan keselamatan untuk keluarga melalui kawalan sekuriti 24 jam. - FOTO LBS Bina Group Berhad
Muhamad Shaifullah Tayep

Setiap pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga pastinya mempertimbangkan beberapa keperluan untuk manfaat keluarga.

Antaranya, melabur dalam pendidikan dan pembangunan mereka dan anak-anak seperti sekolah, kelas keagamaan, aktiviti kesenian dan peluang pembelajaran sepanjang hayat yang penting untuk pertumbuhan peribadi dan intelek.

Selain itu, mereka juga perlu menitikberatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk kesejahteraan pasangan dan anak-anak pada masa depan termasuk pemeriksaan biasa, vaksinasi dan perlindungan insurans kesihatan.

Pasangan juga perlu menyediakan kediaman yang stabil dan selamat seperti ruang yang selesa serta sesuai dan memenuhi keperluan pasangan dan bakal anak.

Ia bukan saja memberikan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan emosi, malah membolehkan anak-anak berkembang maju seiring persekitaran.

Justeru, miliki kediaman yang direka khusus untuk keluarga yang sedang berkembang seperti BSP Sutera yang ditawarkan oleh hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad.

Lokasi strategik

Image

Terletak di Bandar Saujana Putra, BSP Sutera menawarkan pelbagai tarikan dan kemudahan untuk penduduk seperti trek jogging, taman dan kawasan hijau Park Plaza bagi memberikan persekitaran yang tenang untuk aktiviti luar.

BSP Sutera juga dilengkapi dengan kemudahan kawasan komersial seperti kedai, restoran dan pasar raya seperti TESCO Extra Bukit Puchong, AEON BIG Puchong Utama dan IOI City Mall bagi memenuhi keperluan harian penduduk.

Pelbagai akses kemudahan boleh didapati di sekitar BSP Sutera seperti SMK Puchong Utama 1&2, MAHSA University, Multimedia University MMU dan banyak lagi.

Ia juga menawarkan akses mudah melalui beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP) yang menghubungkan antara kawasan kejiranan dan pusat bandar.

Menawarkan 337 unit kediaman jenis bertingkat (apartment) dan 84 unit rumah bandar (townhouse), BSP Sutera menyediakan susun atur tiga bilik tidur dan dua bilik air pelbagai saiz daripada 850 hingga 1,478 kaki persegi untuk keselesaan penghuni yang mahu memberi sentuhan peribadi kepada kediaman idaman mereka.

Insentif menarik

Image

LBS Bina Group Berhad sedang menawarkan pakej insentif untuk kedua-dua unit jenis apartment dan townhouse yang pastinya memberi kelegaan khususnya pembeli rumah pertama.

Pembeli yang berminat untuk mendapatkan unit jenis apartment layak untuk menikmati 10 peratus rebat dan pengecualian yuran guaman jualan dan pembelian serta pinjaman dan duti setem termasuk pengeluaran.

Lebih menarik, LBS Bina Group Berhad turut memberikan RM5,000 insentif tunai pindah masuk dan tambahan RM5,000 untuk pembeli unit berhadapan ruang parkir kereta.

Manakala, pembeli unit jenis townhouse juga layak untuk menikmati 10 peratus rebat dan pengecualian yuran guaman jualan dan pembelian serta pinjaman dan duti setem termasuk pengeluaran.

Pembeli juga akan menerima RM5,000 insentif tunai pindah masuk bagi memudahkan urusan ubah suai kediaman dan pindah masuk selepas menerima kunci kelak.

Miliki kediaman idaman anda di BSP Sutera hari ini, layari laman web LBS Bina Group Berhad untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2024 @ 1:44 PM