Kompleks kolam renang dalam rumah.
Kompleks kolam renang dalam rumah.
Rumah Noades kini menjadi milik Zaha.
Rumah Noades kini menjadi milik Zaha.
Zaha beli bekas rumah pemilik Crystal Palace. - Pix Daily Mail
Zaha beli bekas rumah pemilik Crystal Palace. - Pix Daily Mail

London: Pemain sayap Crystal Palace Wilfried Zaha bersetuju membeli rumah mewah milik mendiang Ron Noades yang juga pemilik kelab itu.

Rumah terbabit pernah disiar dalam Siri Televisyen Footballers Wives.

Zaha menyertai Palace secara tetap Februari lalu selepas gagal mendapat tempat di Manchester United.

Dia membeli rumah terletak di Surrey dengan harga £2.5 juta pound (RM16 juta).

Rumah memiliki tujuh bilik tidur, enam bilik mandi, bilik wayang dan kompleks kolam renang terpampang lambang Eagles di dasarnya.

Selain itu ia turut dilengkapi sauna, tempat mandi air panas, tab air panas, bilik keluarga, dan garaj besar di bawah rumah.

Noades, 76, mengendalikan kelab Liga Perdana itu selama 17 tahun, meninggal dunia pada 2013 akibat kanser paru paru.

Isteri Noades, Novello memberitahu Sportsmail: “Kebetulan Zaha berminat membelinya. Ron pasti gembira kerana ia menjadi kenyataan”.

Pemain berusia 22 tahun itu beraksi bersama England sebanyak dua kali bersetuju membayar harga penuh disenaraikan dalam laman web Rightmove. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 4:03 PM