Guardiola (kiri) dan Klopp masih belum mengesahkan kedudukan untuk kelab mana dikendali musim depan. - Pix Express
Guardiola (kiri) dan Klopp masih belum mengesahkan kedudukan untuk kelab mana dikendali musim depan. - Pix Express

Munich: Akhbar Sepanyol Mundo Deportivo hari ini melaporkan Pep Guardiola menolak kontrak baru bersama Bayern Munich untuk saingan Bundesliga Jerman musim depan.

Laporan menyatakan Guardiola bersetuju menandatangani kontrak bersama Man City ketika Jurgen Klopp, 48 terus didesak melengahkan tawaran pengurus baru Liverpool dan mengambil alih tempatnya di Bayern.

Akhbar Sepanyol itu mendakwa Guardiola bersetuju secara lisan dengan pengarah bolasepak City Txiki Begiristain dan menyertai The Citizens musim depan.

Ia memberi petanda Guardiola, 44, akan menggantikan tempat Manuel Pellegrini di stadium Etihad dan meninggalkan kekosongan jawatan di Bayern.

Bekas pemain Bayern dan pemain antarabangsa Brazil, Giovane Elber berkata: “Klopp berbangsa Jerman, lebih memahami Bundesliga, pernah membawa Dortmund ke final Liga Juara Juara dan dikenali ramai dalam liga terbabit dan masih belum ada kontrak ketika juara bertahan itu mencari pengganti baru”.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 6:12 PM