Guardiola mahu mencari angin baru di tempat lain selepas Barcelona dan Bayern Munich. Foto EPA
Guardiola mahu mencari angin baru di tempat lain selepas Barcelona dan Bayern Munich. Foto EPA

London: Pep Guardiola bersetuju meninggalkan Bayern Munich pada penghujung musim dan mengambil alih tempat Manuel Pellegrini di Manchester City.

Bekas pengurus Barcelona itu dalam musim ketiga dan terakhir fasa kontrak bersama juara Jerman itu.

Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge semalam mengakui kelab itu masih belum mengadakan perbincangan untuk kontrak lanjutan pengurus dari Sepanyol itu.

Stesen radio dihormati di Sepanyol Cadena COPE melaporkan Guardiola sudah membuat keputusan mahu mengubah angin dan merasai suasana baru di Stadium Etihad. - Guardian

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2015 @ 7:00 PM