Dua peserta mengapungkan diri di udara selepass membuat terjunan. - Foto HAFIZ SOHAIMI
Dua peserta mengapungkan diri di udara selepass membuat terjunan. - Foto HAFIZ SOHAIMI
Seorang peserta membuat terjunan. - Foto HAFIZ SOHAIMI
Seorang peserta membuat terjunan. - Foto HAFIZ SOHAIMI
Peserta dari Malaysia Haziq Azlan (kiri) dan Hizam Sahibudeen (kanan) membuat terjunan dari TH07 (kepala Menara 7) Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 312 meter dari paras bumi. - Foto BERNAMA
Peserta dari Malaysia Haziq Azlan (kiri) dan Hizam Sahibudeen (kanan) membuat terjunan dari TH07 (kepala Menara 7) Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 312 meter dari paras bumi. - Foto BERNAMA

Kuala Lumpur: Jerebu yang melanda ibu kota bukan halangan bagi pencinta terjunan BASE sempena 'Kuala Lumpur Tower International Jump 2015 (KLTIJM 2015) melakukan aksi dari puncak Menara Kuala Lumpur.

Pengajar terjun udara Haziq Azlan, 27, yang mempunyai pengalaman 200 kali terjunan BASE berkata jerebu tidak mengganggunya kerana pengalaman seperti itu lebih bermakna untuknya.

"Jerebu atau tidak, ia tiada sebarang perbezaan kepada saya. Panorama Kuala Lumpur tetap hebat!," katanya di sini, hari ini.

Haziq antara 120 penerjun terlatih yang menyahut cabaran terjun dari kren yang diletakkan di menara itu pada ketinggian 312 meter mulai hari ini hingga Ahad.

Penerjun dari Sydney, Australia, Tahi-Paul Munroe, 29, berkata walaupun langit tidak begitu cerah untuknya mengambil gambar, ia bukan isu.

“Walaupun tidak dapat merakam detik terjunan secara jelas, saya masih seronok di sini," katanya.

Munroe yang mempunyai pengalaman 208 terjunan BASE menjelaskan aksi terjun itu sebagai detik hebat dan mahu kembali menyertainya lagi pada masa hadapan.

Perasaan sama turut dikongsi pengajar terjun udara tandem dari Amerika Syarikat, Cynthia Currie, 32, yang memiliki pengalaman 10,000 terjun udara dan 330 terjunan BASE.

"Walaupun jerebu mengaburkan pandangan, ia bukan masalah besar kerana pemandangan bandar raya ini masih menarik. Saya sukakannya!," katanya.

KLTIJM yang memasuki edisi ke-15, menampilkan aksi hebat penuh debaran daripada pakar penerjunan dari seluruh dunia termasuk Perancis, Denmark, Finland

dan Jepun.

Pada ketinggian 421m, Menara Kuala Lumpur adalah bangunan telekomunikasi ketujuh tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Acara terjun BASE kali pertama diadakan sempena ulang tahun Menara Kuala Lumpur pada 3 Oktober 1999. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 11:02 PM