IDRIS  Jusoh. FOTO file NSTP Salhani Ibrahim
IDRIS Jusoh. FOTO file NSTP Salhani Ibrahim
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan Dasar Pindah Kredit bagi memberi peluang kepada pelajar Malaysia di luar negara yang terkesan dengan kejatuhan nilai Ringgit untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, dasar itu diperkenal selepas pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa yang berhasrat untuk menempatkan anak masing-masing di IPT tempatan atas faktor kos pengajian semakin meningkat di luar negara.

Beliau berkata, melalui dasar itu, KPT memberi kuasa penuh kepada Senat IPT berkenaan untuk membuat keputusan sama ada menerima penempatan pelajar itu.

"Bagaimanapun, antara beberapa syarat yang perlu dipenuhi termasuk gred minimum yang diperolehi pelajar adalah gred C bagi kurus berkenaan, nilai kredit kursus yang sama, keserataan kurikulum tidak kurang 80 peratus dan kursus itu mesti daripada program yang mendapat akreditasi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 3:47 PM