Oleh Aizat Sharif


Kangar: Empat sungai utama di Perlis melepasi paras amaran selepas cuaca hujan sejak pagi semalam.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Dalam Negeri (MKN) Perlis, empat sungai sekitar Perlis yang dikenal pasti sudah melepasi paras amaran itu adalah Sungai Pelarit, Sungai Jarum, Sungai Batu Pahat dan Sungai Buluh.

Berdasarkan bacaan pada 8 pagi tadi, paras Sungai Pelarit sudah mencapai 38.60 meter (m) dimana paras bahayanya adalah 39 m dan Sungai Jarum pula adalah 33.36 m dimana paras bahaya adalah 33.60 m.

Selain itu,dua lagi sungai iaitu Sungai Batu Pahat dan Sungai Buluh pula sudah mencapai 39.22 m dan 24.73 m dimana paras bahaya bagi kedua-dua sungai itu adalah 40.50 m dan 26 m.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Padang Melaka, Chuping kini meningkat kepada 50 orang yang terdiri daripada 12 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 11:05 AM