RAMAI pengunjung GIIAS.
RAMAI pengunjung GIIAS.
 HONDA B-RV diperkenalkan secara global.
HONDA B-RV diperkenalkan secara global.
 AUDI TT.
AUDI TT.
MODEL konsep Lexus.
MODEL konsep Lexus.
Susunan Erywan Norshal


Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia 2015 (GIIAS) melabuhkan tirainya minggu lalu dengan memperkenalkan hampir 20 model kenderaan baru.

Menariknya pameran automotif terbesar di Asia Tenggara itu adalah pelancaran global bagi protaip model Honda B-RV (Bold Runabout Vehicle) iaitu sebuah kenderaan utiliti crossover generasi baru dan difahamkan akan dipasang pada tahun hadapan di Indonesia.

Ia menampilkan sebuah SUV dengan keluasan ruang MPV tujuh tempat duduk yang menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC dengan padanan kotal gear CVT atau manual.

Enjin empat silinder itu mampu menjana kuasa sehingga 120 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork maksimum 145 Nm.

Malah, model kompak daripada Daihatsu turut menarik perhatian dengan memperkenalkan model Daihatsu Move Custom RS yang tampil unik gabungan lampu LED, bumbung hitam dan rim besar. Namun, ia masih lagi menggunakan enjin tiga silinder pengecas turbo yang menjanakan kuasa 62 hp.

Pada masa sama, dua lagi model kompak turut dipertontonkan iaitu Daihatsu Wake dan Daihatsu Mira Cocoa.

Boleh dikatakan, pengeluar automotif Jepun banyak menguasai ruang pameran apabila Nissan memperkenalkan model SUV, X-Trail Hybrid. Mazda pula memperjuangkan model edisi khas Mazda2 yang hanya dijual untuk 200 unit sahaja.

Pengeluar automotif negara Eropah pula seperti Audi memperkenalkan Q7, TT dan Q3 PI, selain Mercedes-Benz melancarkan Mercedes-AMG GT, Mercedes Maybach S-Class serta model terbaru GLC.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:01 AM