Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Mahkamah Majistret di sini, membenarkan permohonan bagi menahan reman peguam Kamal Hisham Ja'afar, 45, selama tujuh hari sehingga 10 September ini.

Penolong Kanan Pendaftar Nabilah Md Ruslan membenarkan tempoh reman itu bagi membantu siasatan membabitkan kes pecah amanah dan tipu.

Kamal Hisham tiba di mahkamah kira-kira 9 pagi tadi dan dilihat keluar selepas mendapat perintah reman jam 10.30 pagi tadi.

Semalam, Kamal Hisham ditahan semula selepas beberapa minit membayar ikat jamin yang dibenarkan Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan pecah amanah dihadapinya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 11:23 AM