NOOR Almi Sufiza menunjukkan tiub digunakan untuk memberi susu kepada Amani.
NOOR Almi Sufiza menunjukkan tiub digunakan untuk memberi susu kepada Amani.
Oleh Nor Farhani Che Ad

Sungai Petani: Sepasang suami isteri merayu simpati orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membeli mesin bantuan pernafasan berharga RM32,000 buat anak perempuan mereka berusia lima tahun yang menghidap masalah kerosakan pada paru-paru atau ‘Recurrent Aspiration Pneumonia’ sejak kecil.

Noor Almi Sufiza Ishak, 35, dari Bandar Amanjaya, di sini berkata, keadaan itu membuatkan Nur Amani Batrisya Muhadzir yang turut menghidap sindrom Rett iaitu gangguan pada perkembangan otak perlu bergantung kepada mesin ketika tidur bagi memudahkan pernafasannya.

Menurutnya, selain itu Amani yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai masalah ‘Refluks Gastroesogageal’ atau GERD iaitu pintu perut tidak tertutup.

“Ketika masih bayi, dia pasti termuntah semula setiap kali meminum susu menyebabkan berlaku jangkitan kuman pada paru-paru.

“Malah, Amani kerap dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan menyebabkan satu pembedahan untuk memperbaiki sel paru-parunya dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Ogos tahun lalu, namun doktor tidak dapat meneruskan pembedahan itu kerana didapati berisiko,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 8:12 AM