IDA Nurul Azwa bersama anaknya, Muhammad Ilham Nazeem  yang menghidap penyakit Sindrom Charge sejak lahir.
IDA Nurul Azwa bersama anaknya, Muhammad Ilham Nazeem yang menghidap penyakit Sindrom Charge sejak lahir.

Padang Terap: Keluarga kepada seorang budak lelaki berusia dua tahun yang menghidap lima penyakit termasuk jantung dan paru-paru memohon bantuan kewangan bagi membeli sebuah mesin bantuan pernafasan bernilai lebih RM40,000 disebabkan tidak berkemampuan.

Muhammad Ilham Nazeem Syahrul Nizam kini terpaksa menggunakan mesin yang dipinjam sementara daripada Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ibunya, Ida Nurul Azwa Nayan, 33, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu dilahirkan normal dan hanya dikesan mengalami masalah jantung berlubang dan paru-paru ketika berusia empat bulan selepas demam dan batuk berpanjangan.

Menurutnya, anaknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sebelum doktor mengesahkannya mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Katanya, sepanjang rawatan selama sebulan di HSB, anaknya turut disahkan mempunyai lima penyakit termasuk jantung, paru-paru, anak mata kembang, alergik dan kurang pendengaran pada telinga kanan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 8:29 AM