Sebuah kenderaan bomba yang turut musnah di tempat kejadian. Seramai 12 anggota bomba juga disahkan maut ketika memadam kebakaran. - Foto AFP
Sebuah kenderaan bomba yang turut musnah di tempat kejadian. Seramai 12 anggota bomba juga disahkan maut ketika memadam kebakaran. - Foto AFP
Kepulan asap masih ada petang ini selepas letupan gudang bahan kimia yang membunuh 50 orang manakala 700 lagi cedera di pelabuhan bandar raya Tianjin tengah malam tadi. - Foto AP
Kepulan asap masih ada petang ini selepas letupan gudang bahan kimia yang membunuh 50 orang manakala 700 lagi cedera di pelabuhan bandar raya Tianjin tengah malam tadi. - Foto AP

Tianjin: Saksikan rakaman oleh drone keadaan di tempat kejadian selepas letupan gudang menyimpan bahan kimia di pelabuhan bandar raya ini serta rakaman kamera dalam kereta yang merakam dua letupan kuat.

Jumlah korban tragedi itu kini meningkat kepada 50 orang manakala jumlah mereka yang cedera juga bertambah kepada 700 dengan kawasan tragedi bagaikan terkena letupan bom nuklear kecil yang menghanguskan ribuan kereta, bangunan musnah dan asap di sana sini.

Wartawan AFP di Tianjin mendapati kaca tingkap bangunan yang terletak sejauh tiga kilometer dari tempat kejadian pecah.

Gegaran letupan yang amat kuat itu boleh dirasai beberapa kilometer jauhnya malah ia dikesan satelit Jepun menunjukkan api membakar bangunan satu demi satu dan memusnahkan ribuan kereta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 9:06 PM