Perhimpunan 'Sarawak for Sarawakians' tetap diteruskan. FOTO  Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
Perhimpunan 'Sarawak for Sarawakians' tetap diteruskan. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Kuching: Perhimpunan 'Sarawak for Sarawakians' atau S4S bagi memperingati kemerdekaan Sarawak tetap diteruskan hari ini walaupun polis menasihatkan ia dibatalkan.

Dianggarkan 2,000 peserta perhimpunan anjuran Persatuan Dayak Iban Sarawak (SIDS) dan Persatuan S4S berhimpun di Padang Jubilee Padungan seawal 7 pagi.

Mereka kemudiannya bergerak untuk berhimpun di padang rekreasi Song Kheng Hai, Padungan pada jam 9 pagi sambil membawa bendera lama Sarawak.

Peserta berhimpun sambil melaungkan slogan 'Sarawak for Sarawakians' dan turut menyanyikan lagu lama Sarawak.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menasihatkan perarakan perhimpunan itu dibatalkan walaupun penganjur sudah membuat permohonan mengikut saluran undang-undang.

Larangan itu dikeluarkan berikutan maklumat diterima ada pihak cuba menjadikan perhimpunan itu sebagai platform untuk menghasut rakyat Sarawak supaya menuntut untuk keluar dari Persekutuan Malaysia.

Tamat12

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 10:20 AM