Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Seorang jururawat dipenjara lapan tahun di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tuduhan memiliki wang palsu, November tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Nor Aziarina Ismail, 30,selepas dia didapati bersalah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikhnya ditangkap pada 6 Disember 2013.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membeli sebuah iPAD dari Abdul Mu'iz Ahmad, 20, dengan menggunakan 10 keping duit palsu RM100 di hadapan restoran MacDonalds Wakaf Che Yeh, di sini, jam 9 malam, 22 November 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 12:55 PM