Kuala Lumpur: Selepas berjaya menganjurkan edisi pertama Malaysia Purple League yang berakhir Februari lalu, Purple League (M) Sdn Bhd kini mengumumkan untuk menganjurkan Junior Purple League pula.

Kejohanan itu bertujuan untuk menyediakan platform kepada pemain remaja di negara ini.

“Keputusan menganjurkan Junior Purple League berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai pihak.

“Yang penting liga ini diwujudkan agar dapat menyediakan pentas bagi membolehkan bakat-bakat muda Malaysia bertanding dengan pemain handalan antarabangsa.

“Junior Purple League diperkenalkan sebagai platform tambahan pemain remaja tempatan diberi pendedahan awal kepada pertandingan tahap tinggi yang turut disertai pemain remaja dari seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Purple Leagu (M) Sdn Bhd Jack Koh.

Pertandingan ini akan menyaksikan pemain-pemain berusia antara 13 hingga 18 tahun mengambil bahagian dalam liga ini melalui kelab masing-masing.

Liga ini dijadualkan bakal berlangsung sekitar Ogos sehingga Oktober tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 9:16 AM