PASUKAN Chile akan memulakan aksi pembukaan menentang Ecuador, esok.
PASUKAN Chile akan memulakan aksi pembukaan menentang Ecuador, esok.

Santiago: Tuan rumah Chile akan memulakan edisi ke-44 Copa America pagi esok dengan sasaran menamatkan rekod paling memalukan dalam kancah bola sepak Amerika Selatan.

Dalam 36 percubaan bagi tempoh 99 tahun, Chile tidak pernah memenangi pertandingan utama benua itu. Mereka berakhir sebagai naib juara empat kali dan lima kali menduduki tangga ketiga.

Ia statistik yang mengecewakan rakyat Chile. Malah Bolivia, Colombia, Paraguay dan Peru, yang bukannya kuasa bola sepak, sekurang-kurangnya menang Copa sekali.

“Ia satu cabaran besar,” kata kapten dan penjaga gol Claudio Bravo menjelang perlawanan pembukaan menentang Ecuador di Stadium Nasional, Santiago.

“Namun pada Copa America, tekanan sebenar adalah buat pasukan yang menjulang trofi ini paling kerap.”

Pasukan itu termasuk Brazil dan Argentina yang memulakan kejohanan tiga minggu itu sebagai pilihan utama.

Brazil kendalian Dunga menang sembilan perlawanan terakhir mereka dan akan menjadikannya 10 jika menang ke atas Honduras di Porto Alegre pada perlawanan pemanas badan terakhir hari ini.

Mereka hanya melepaskan dua gol dan menewaskan Argentina, Chile, Colombia dan Perancis. -Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 7:48 AM