PERLUNYA kombinasi pelbagai elemen hiasan untuk persembahan dekorasi terbaik.
PERLUNYA kombinasi pelbagai elemen hiasan untuk persembahan dekorasi terbaik.
GAMBARAN idea dekorasi yang sarat dengan seninya.
GAMBARAN idea dekorasi yang sarat dengan seninya.
PERLUNYA kombinasi pelbagai elemen hiasan untuk persembahan dekorasi terbaik.
PERLUNYA kombinasi pelbagai elemen hiasan untuk persembahan dekorasi terbaik.
SETIAP perhiasan ada tarikan dan fungsi kesempurnaannya.
SETIAP perhiasan ada tarikan dan fungsi kesempurnaannya.
KARE tidak kurang hebatnya apabila tampil dengan dekorasi tema sendiri.
KARE tidak kurang hebatnya apabila tampil dengan dekorasi tema sendiri.
Oleh Hartini Mohd Nawi

Penggayaan luar biasa pada ruang dalaman antara terjemahan seni kreatif yang mengubah pandangan biasa.

Dari dekorasi retro hingga moden kontemporari, setiap idea penataan yang diketengahkan mempunyai simbolik 'karya' pemiliknya.

Dalam mencari kelainan itu, KARE di G117, pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor antara yang menarik perhatian.

Kedai dari Jerman itu tampil berbeza kerana menawarkan pelbagai kelengkapan hiasan dalaman unik termasuk ruang pameran seni perabot, lampu dan aksesori hiasan dalaman eksklusif dengan reka bentuk serta motif unik.

Pengarah Urusannya, Dominik Sarraf berkata, idea dekorasi dan semua aksesori hiasan di kedai itu membawa kesinambungan aliran terkini di peringkat antarabangsa.

"Segalanya berkenaan seni dekorasi yang sentiasa segar dan melengkapi pelbagai penataan.

"Mungkin yang anda belum temui sebelum ini, ada di sini. Daripada gaya tradisional, retro hingga urban atau moden kontemporari, ia membawa keindahan seni hiasan luar biasa.

"Tidak hanya menawarkan perhiasan untuk ruang, malah kami membawa bersama seni penataan itu yang jarang diketengahkan sebelum ini," katanya ketika majlis pelancaran kedai berkenaan baru-baru ini.

Falsafah KARE adalah untuk memenuhi setiap keperluan dan impian masyarakat negara ini untuk menempatkan seni hiasan dengan nilai kualiti membanggakan.

"Bukan hanya menjual barangan hiasan rumah dengan cara konvensional, malah produk jenama ini diketengahkan bagi tujuan memenuhi selera setiap daripada kita.

"Menariknya, lebih 12 aliran dekorasi berbeza ditampilkan selari dengan konsep yang dipamerkan di semua kedai KARE di seluruh dunia.

"Aliran gaya 'Ibiza' umpamanya membawa keceriaan dan sensasi santai menerusi gabungan kerusi, meja dan peti laci dalam warna hangat," katanya.

Malah, perhiasan ini turut diserikan dengan motif imaginatif dan sesuai untuk anak muda menggayakannya di bilik atau sudut pilihan.

'Blue Dessert' pula kelihatan selesa dengan gaya dekorasi yang safari moden bersama perabot asas diperbuat daripada kayu oak, besi dan kulit.

Biru lembut denim pula menarik dalam melatari ruang dinding dan barangan perabot tunggal sekali gus menambah warna pada persekitaran.

Bagi aliran gaya 'Factory,' sentuhan kreatif yang terhad koleksinya menarik apabila menggabungkan logam dan bahan semula jadi.

Pada masa sama Moden Vintage turut sarat dengan nilai estetika yang tidak lapuk ditelan zaman. Gaya dekorasi untuk itu kelihatan jelas menerusi pemilihan warna dan reka bentuknya.

Adaptasi seni hiasan dalaman juga dilengkapi dengan kehadiran kafe unik. Sambil membeli-belah, anda berpeluang menikmati sajian ringan di kafe berkenaan.

Kelainannya, kafe itu menjadi sebahagian daripada terjemahan seni hiasan dalaman KARE apabila reka letak dan penggayaannya begitu eksklusif.

"Usaha untuk melengkapkan gaya dekorasi yang sarat dengan seni ini lebih sempurna jika lebih memberikan manfaat buat semua orang disekelilingnya," kata Dominik.

Layari www. kare.my atau Facebook KARE Kuala Lumpur untuk sebarang keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:04 AM