LATAR hitam lebih menonjolkan keunikan pasu ini.
LATAR hitam lebih menonjolkan keunikan pasu ini.
HIASAN ringkas tetapi menarik.
HIASAN ringkas tetapi menarik.

Apabila mengaitkan seni hiasan dalaman sebagai adaptasi keindahan ruang dan perlambangan pemiliknya, tarikan utama difikirkan.

Keunikan itu sering membuatkan ruang ditata hias mengikut situasi, kesesuaian dan konsep paling popular.

Lantas, Dean Daud Design menampilkan produk dekorasi terbaik dan eksklusif.

Pemilik dan pereka dalamannya, Dean Daud mempunyai alasan tersendiri mengetengahkan setiap idea dekorasi.

"Tiada siapa menafikan dekorasi yang sempurna dan menepati cita rasa adalah terapi terbaik dalam kehidupan.

"Segalanya bermula dengan perhiasan yang sedap mata memandang dan tidak semestinya berada dalam kalangan produk harga mahal.

"Dunia hiasan dalaman itu sendiri yang kian berkembang banyak mendorong masyarakat kita mencuba kelainan," katanya.

Individu yang gemar mencari kelainan ini juga percaya, perkembangan dunia hiasan dalaman saling berkait rapat dengan dunia fesyen.

Pengalaman dalam dunia hiasan dalaman selama 13 tahun meyakinkan individu ini untuk menghadiahkan idea dekorasi paling bermakna menerusi Dean Daud Design.

Terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor ruang pamerannya cuba lari dari kebiasaan, membuatkan pencetus idea dekorasi hebat ini selesa memilih warna hitam sebagai latar utama di ruang pameran itu.

Bagaikan melangkah ke dunia lain, setiap produk hiasan termasuk pasu, gubahan bunga dan lukisan unik kelihatan lebih menonjol apabila latar belakangnya hitam.

"Hitam sengaja dipilih sebagai warna latar supaya aksesori hiasan dan gaya dekorasi yang diketengahkan lebih menonjol tanpa gangguan elemen lain.

"Ia pastinya memberikan wajah baru dan perhiasan yang cuba anda tampilkan lebih nampak eksklusif," katanya pelancaran ruang pameran itu sempena Malam Gala Lentera Creative Home dan Galeri Dean Daud Design, baru-baru ini.

Keseluruhannya, ruang pameran itu memukau de­ngan konsep moden klasik yang tidak pernah lapuk ditelan zaman.

Situasi itu juga tidak bermakna gaya tata hias lain kurang penting. Buktinya setiap reka letak aksesori hiasan seperti pasu kelihatan lebih tersusun dengan gaya elegan dan mewah.

"Dibantu latar hitam, reka bentuk, warna dan motif pasu dapat diketengahkan sepenuhnya tanpa perlu hiasan lain di sebelahnya.

"Lakaran seni lukisan pula menjadi pelengkap sebuah tata hias yang semestinya tidak sama dengan idea dekorasi di kediaman orang lain," katanya sering tampil dengan idea baru.

Berminat sila kunjungi Dean Daud Design di No 23-1, Jalan DD3A/1, Taman Dato' Demang, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor atau Facebook deandauddesign untuk sebarang keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:03 AM