Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Pengurus tapak pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 40 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM110,631 daripada dua kontraktor, antara 2012 hingga 2014.

Lau Kim Ting, 46, tenang mendengar semua pertuhan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah selama kira-kira 15 minit di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Bagi semua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama, jika didapati bersalah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM35,000 bagi semua pertuhan berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noorfazlin Hamdan dan tertuduh diwakili peguam Jimmy Puah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 10:47 AM