TERTUDUH menutup muka ketika keluar mahkamah.
TERTUDUH menutup muka ketika keluar mahkamah.

Johor Bahru: Seorang pengurus tapak pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas 40 pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM110,631 daripada dua kontraktor antara 2012 hingga 2014.

Bagaimanapun, Lau Kim Ting, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin selama kira-kira 15 minit di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta dan menerima rasuah RM1,500 melalui akaun Public Bank miliknya daripada Ba’ie Buasan.

Bagi 39 pertuduhan lain, dia didakwa meminta dan menerima rasuah antara suah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut nilai mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Noorfazlin Hamdan menawarkan ikat jamin RM10,000 bagi tuduhan pertama dan RM39,000 bagi 39 tuduhan yang lain dan memberitahu mahkamah ia satu jumlah yang munasabah.

“Jumlah jaminan yang ditawarkan munasabah memandangkan nilai suapan yang terbabit mencecah lebih RM100,000 dan pertuduhan ini juga satu yang serius,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Jimmy Puah yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama sebaiknya sepanjang siasatan dijalankan.

“Tertuduh juga mempunyai empat orang anak berusia 13 hingga 20 tahun dan dia baru saja memulakan perniagaan ini,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM35,000 bagi 40 pertuduhan terbabit dan menetapkan 6 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 9:28 AM