Aktres Jung Yoo Mi mendedahkan mengapa dia mengelak daripada menyertai prog-ram TV pelbagai (variety show) dan rahsia penurunan berat badan yang tidak dirancang.

Katanya, walaupun kebanyakan program realiti menarik untuk tontonan peminat dia tetap tidak berminat kerana tidak kena dengan masanya.

"Jika program itu menenggelamkan filem atau drama yang saya lakukan, saya tidak akan muncul dalam pelbagai program TV.

"Sekiranya saya gembira melakukannya, barulah saya muncul dalam satu dua program. Malangnya tak banyak tawaran saya ambil kerana kekangan masa," katanya.

Dia juga mengakui ada sebahagian kisah peribadinya mahu disorok dari masyarakat umum dan ia tidak patut ditunjukkan dalam program TV.

Katanya, dalam program seperti itu dia perlu menunjukkan sisi peribadinya.

"Ia berbeza dengan orang lain. Untuk saya, jika saya tampil berbeza daripada watak yang pernah saya lakonkan (dalam drama), saya rasa orang akan fikir saya pelik.

"Saya tidak suka sisi itu dalam diri saya. Jika saya tidak sertai program pelbagai, saya boleh sembunyikannya," katanya.

Jung Yoo Min turut mendedahkan, faktor berat badannya turun kerana masa penggambaran yang panjang. Selepas penggambaran drama bersiri Discovery of Love, Jung Yoo Mi terus masuk ke set filem Man Hole.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:00 AM