Atas tuntutan bidang lain serta percanggahan jadual, Lee Yoo Bi akhirnya terpaksa meninggalkan tugasnya sebagai hos program Inkigayo.

Wakil SBS sendiri memaklumkan perkara itu disebabkan komitmen lain pelakon berkenaan dan membuat kemunculan terakhir, kelmarin sebelum diambil alih hos lain.

Menggantikannya untuk program itu adalah aktres Kim Yoo Jung yang bagaimanapun belum ditentukan bila akan mula mengacarakan Inkigayo.

Bakal sibuk melunaskan tugasannya dalam penggambaran drama, Yoo Bi juga membintangi drama berjudul Pinocchio yang mula ditayangkan esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:00 AM