Hanis Aliaa Hidzir

DEMAM drama dan filem Korea dalam kalangan peminat di Malaysia umpama tiada kesudahan.

Tidak dinafikan kebanyakan drama dan filem Korea menyajikan plot serta jalan cerita menarik untuk tatapan penonton selain penampilan pelakon handalan yang bukan sahaja berbakat malah sedap mata memandang.

Bagi penggemar drama dan filem Korea, sudah pasti mengenali hero-hero tampan dan berbakat yang bakal kami senaraikan.

Berikut perkara yang mungkin peminat drama dan filem Korea tidak tahu mengenai enam 'oppa' kegemaran ramai ini.

Cho Jung Seok

ImageCho Jung Seok. - FOTO soompi.com

Jung Seok mula meraih lebih banyak populariti selepas membintangi filem blockbuster Architecture 101.

Sejak itu, Jung Seok mula menempa nama dalam industri seni dan mula memegang watak utama dalam filem iaitu Hospital Playlist.

Lebih membanggakan, Jung Seok juga telah memenangi banyak anugerah termasuk Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Blue Dragon ke-33 menerusi peranannya sebagai Nap Duk dalam filem Architecture 101.

Jung Seok tidak mempunyai akaun Instagram namun anda boleh mengikuti perkembangan aktor ini menerusi agensinya, JAM Entertainment.

Gong Yoo

ImageGong Yoo. - FOTO BBC News

Gong Yoo menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi filem Train To Busan yang turut ditayangkan di Festival Filem Cannes.

Menurut Yoo, persembahan lakonannya turut dibantu oleh rasa takutnya sendiri.

Dia mengakui akan menjauhkan diri dari para pelakon yang memainkan watak zombie walaupun mereka tidak menjalani penggambaran.

Anda juga mungkin tidak tahu bahawa teman rapat Gong Yoo ialah Lee Dong Wook, aktor tampan yang turut membintangi drama Goblin.

Mereka mula berkawan sejak sebelum penggambaran drama terbabit iaitu ketika berkhidmat dalam tentera pada 2008.

Park Seo Joon

ImagePark Seo Joon. - FOTO Collider

Park Seo Joon pernah muncul sebagai cameo memainkan peranan sebagai kawan Kim Ki Woo yang dimainkan oleh Choi Woo Shik.

Woo Shik dan Seo joon mempunyai sejarah panjang bersama yang mana Woo Shik turut pernah tampil sebagai cameo dalam filem lakonan Seo Joon, The Divine Fury dan drama bersiri, Fight For My Way.

Fakta menarik, Park Seo Joon telah mengejutkan ramai orang apabila mempamerkan kebolehan berbahasa Sepanyol menerusi rancangan realiti, Youn's Kitchen yang mana sekumpulan selebriti Korea perlu ke negara asing bagi mengendalikan restoran.

Untuk musim 2, kumpulan itu membuka restoran sementara di Sepanyol, dan Park Seo Joon dilihat mempelajari bahasa Sepanyol dan berupaya berkomunikasi dengan pelanggan.

Song Joong Ki

ImageSong Joong Ki. - FOTO AllKpop

Aktor kacak ini tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan Song Joong Ki beberapa kali menyatakan dia tidak menggunakan media sosial kerana dia tidak pandai berteknologi.

Apabila ditanya bagaimana peminat dapat menghubunginya di media sosial, Joong Ki mengatakan hanya tinggalkan pesanan atau pertanyaan di akaun Lee Kwang Soo.

Satu lagi fakta menarik, Joong Ki bersahabat baik dengan bintang Running Man, Lee Kwang So.

Song Joong Ki dalam temu bual pernah mengatakan Lee Kwang Soo memberikan kekuatan kepadanya ketika berkhidmat dalam tentera.

Kwang Soo juga sering mengunjungi keluarga Joong Ki, membawa hadiah dan menghabiskan masa bersama mereka.

Hyun Bin

ImageHyun Bin. - FOTO The Star

Umum mengetahui hero drama bersiri Crash Landing On You ini berpacaran dengan heroinnya iaitu Son Ye Jin.

Tapi mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Hyun Bin juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Song Hye Kyo ketika membintangi drama The World That They Live In.

Kedua-duanya mula berpacaran setelah menjalani penggambaran drama namun mereka memutuskan untuk berpisah setelah dua tahun kerana jadual yang bertentangan.

Satu lagi fakta yang mungkin tidak anda ketahui ialah Hyun Bin merupakan nama pentasnya sahaja. Nama sebenar Hyun Bin ialah Kim Tae Pyung.

Ji Chang Wook

ImageJi Chang Wook. - FOTO Amazon.com

Bintang filem Fabricated City ini boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan baik. Chang Wook turut beraksi dalam drama Cina The Whirlwind Girl 2 serta melancarkan mini album Be With You yang mana dia menyanyikan tiga buah lagu berbahasa Mandarin.

Buat pengetahuan anda, Chang Wook juga merupakan seorang anak yang berbakti kepada ibu bapanya.

Dalam rancangan realiti Labourhood On Hire, Chang Wook mendedahkan bahawa ayahnya meninggal dunia ketika dia masih muda dan dia masih tinggal bersama ibunya.

Chang Wook membesar melihat ibunya mengalami kesulitan, jadi dia berusaha untuk berbakti dan berbuat baik kepada ibunya.

Pasti ada perkara yang anda tidak ketahui sebelum ini mengenai selebriti ini.

Image

Buat penggemar filem Korea, kini anda boleh menyaksikan 'oppa' yang disenaraikan di atas dengan hanya melanggan filem lakonan mereka.

Terdapat 16 filem hebat seperti Train To Busan, Parasite dan Fabricated City untuk anda langgan dengan hanya RM1.90 sebuah filem.

Ayuh tonton filem Pilihan Terbaik Oppa anda sekarang hanya di tonton CINEMA.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 8:24 AM