Oleh Ainul Fatihah Mansor


Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melaksanakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara bagi mengesan peniaga yang mengenakan cukai berganda ke atas barang jualan mereka, bermula esok.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata, cukai berganda itu bermaksud peniaga mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) (cukai yang sudah dimansuhkan) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas barang jualan mereka.

"Sebanyak 557 barangan termasuk makanan, pakaian dan barang keperluan harian yang dikenakan SST sebanyak 10 peratus sebelum ini. Sepatutnya selepas SST digantikan dengan GST harga barang terbabit sepatutnya turun kerana GST hanya membabitkan enam peratus.

"Kita akan mula menggempur secara besar-besaran esok bagi mengesan peniaga yang tidak bertanggungjawab itu," katanya pada sidang media bersama Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 2:50 PM