KELUARGA pelarian Chechen di Kem Pelarian Linn gembira dapat berlindung di apartmen yang menempatkan sehingga 25 bilik.
KELUARGA pelarian Chechen di Kem Pelarian Linn gembira dapat berlindung di apartmen yang menempatkan sehingga 25 bilik.
Oleh Nazarali Saeril

Warsaw: Tinggal di bilik berkeluasan kira-kira 4.5 meter x 4.5 meter di Kem Pelarian Linn memang memeritkan namun ia tetap satu nikmat buat pelarian Chechen di sini kerana sekurang-kurangnya mereka ada tempat berlindung berbanding keluarga di Chechnya, Russia yang ramai kehilangan tempat tinggal akibat perang.

Walaupun sempit, bilik disediakan kerajaan Poland itu ibarat syurga buat pelarian Chechen kerana sukar untuk mereka mendapatkan bilik atau rumah di luar kawasan kem memandangkan kos sewa yang tinggi.

Bilik berkenaan dilengkapi satu katil dua tingkat, meja serta almari dan ia dihuni antara enam hingga 11 sekeluarga.

Pada masa sama, pelarian terpaksa berkongsi memasak di ruang lain di apartmen selain membasuh juga mandi di kawasan dikhaskan.

Pakaian yang sudah dicuci pula dijemur di depan bilik masing-masing dan walaupun kurang selesa ia sudah mencukupi buat mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 7:23 AM