LAPORAN Harian Metro 7 Februari lalu.
LAPORAN Harian Metro 7 Februari lalu.
Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) sedia membantu hampir 15,000 pelarian Islam Chechen di Warsaw, Poland yang hidup dalam kemiskinan sehingga terpaksa makan daging babi sebagai hidangan harian.

Pengerusi MyCARE Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, pihaknya akan mengumpul maklumat berkaitan daripada NGO Muslim Care Society Malaysia (Muslim Care) yang sudah ke sana baru-baru ini untuk memantapkan lagi usaha kemanusiaan menerusi kerjasama itu.

“Sekarang ini kita sedang mengukuhkan lagi kerjasama dengan beberapa NGO di Turki untuk membuat beberapa misi kemanusiaan di Eropah Timur termasuklah pelarian Chechen di Poland yang turut diberi perhatian.

“Kami yakin kerjasama dengan Muslim Care untuk mendapatkan maklumat tepat berhubung keadaan termasuk dari sudut undang-undang negara akan memantapkan lagi usaha ini yang bukan sahaja terhad kepada bantuan makanan dan perubatan sahaja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini semalam.

Beliau mengulas laporan eksklusif akhbar ini mengenai situasi kritikal membelenggu hampir 15,000 pelarian Chechen dari Chechnya, Russia yang mencari perlindungan di negara itu sejak konflik tercetus di kampung halaman mereka sejak 20 tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 7:32 AM