Semakin murah nampaknya rezeki penyanyi juga anggota GOT7 iaitu Jackson apabila terbaru dia diumumkan bakal mengendalikan pula program popular Inkigayo.

Baru-baru ini, stesen SBS sendiri mengumumkan penyanyi itu sedang mempersiapkan diri sepenuhnya untuk kemunculan pertama pada 17 Mei ini bersama aktor, Hong Jong Jyun dan aktres, Kim Yoo Jung.

Perlantikan itu sekali gus menamatkan khidmat anggota ZE:A iaitu Kwanghee yang sebelum ini mengendalikan program itu selama dua tahun dan empat bulan.

Di samping perkhabaran gembira itu, Jackson dan GOT7 juga terbaru tidak terkecuali dengan isu produksi untuk video muzik terbaru mereka yang kini dalam siasatan agensi mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 7:54 AM