Terkejut SS dimaklumkan seorang teman mengenai kisah artis lelaki terkenal yang liat membayar hutang.

Kata teman itu lagi, kejadian sudah berlaku beberapa tahun lalu.

Katanya, kalau dihitung sudah boleh dikategori sebagai hutang lapuk. Apapun, sayangnya orang yang berhutang itu buat muka selamba saja.

Kata teman SS, industri hiburan Malaysia yang tidak sebesar mana ini membuatkan dia dan artis lelaki itu sering bertemu dalam majlis hiburan.

Namun, artis terbabit lebih selesa buat tak kenal.

Teman SS yang tidak gemar bergaduh apa lagi membabitkan soal hutang memaklumkan dia tenang dengan pendekatan berdiam diri. Cuma, katanya artis lelaki itu yang macam menganggap dia musuh.

Menurut teman itu, pernah juga dia cuba menegur artis lelaki berkenaan namun tegurannya tidak dipeduli langsung.

Dia menegur pun bukan untuk menuntut hutang.

Teguran dibuat itu hanya mahu bertanya khabar di antara seorang rakan. Tetapi, tak tahulah apa tanggapan artis lelaki terbabit ketika itu.

SS yang hanya mendengar luahan teman itu hanya mampu meminta dia bersabar. Apapun, biasalah kerana hutang adik-beradik pun boleh bergaduh dan putus saudara. Inikan pula hubungan persahabatan.

Kepada artis lelaki itu, SS hanya mampu menberi pandangan supaya dia tidak terus mengelak diri. Bahkan, apa yang namanya hutang itu memang perlu dibayar. Jadi, fikir-fikirkanlah.

SS: Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 5:06 AM