MOHD Suhaimi menunjukkan tumit kakinya yang sakit hingga berlubang.
MOHD Suhaimi menunjukkan tumit kakinya yang sakit hingga berlubang.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: “Saya sudah tidak terdaya menanggung sakit dan tidak kisah jika kaki dipotong,” kata Mohd Suhaimi Mohd Hashim yang hidup menderita kerana tumit kaki kanannya berlubang berpunca daripada luka selepas terjatuh tangga pada 2008.

Mohd Suhaimi, 28, berkata, dia berharap doktor melakukan pembedahan segera kerana sudah tidak dapat menahan azab sakit.

“Akibat jatuh tangga, saya terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang kerana patah hingga menyebabkan urat saraf cedera dan lumpuh separuh badan.

“Berikutan itu, saya terpaksa duduk di kerusi roda selama setahun sebelum boleh berjalan, tetapi tidak normal seperti orang lain,” katanya yang ditemui, di sini, semalam.

Pekerja syarikat swasta yang berasal dari Kampung Rawa, Jelutong, itu berkata, dia terpaksa berjalan dengan mengheret kaki hingga menyebabkan tumit kanannya pula luka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 7:49 AM