Pendaki Misi Perdana UTM Everest 2015 bersama keluarga mereka.
Pendaki Misi Perdana UTM Everest 2015 bersama keluarga mereka.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Lima pendaki Misi Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Everest 2015 yang terkandas di Everest Base Camp, Kathmandu, Nepal ketika gempa bumi baru-baru ini selamat tiba di tanah air tengah malam tadi.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2)

kira-kira jam 11.40 malam dengan menaiki pesawat AirAsia D7 0193 dari Kathmandu.

Lima pendaki berkenaan masing-masing pasangan suami isteri, Azim Afif Ishak, 27, dan Anis Zulaikha Zabani selain Jamhuri Jumari, 27; Farul Aidib Mohamad Yusoff, 21 dan Azham Afzanizam Hamzah, 27.

Mereka terpaksa pulang lebih awal dan menangguhkan misi pendakian apabila kerajaan Nepal mengisytiharkan pendakian ke Puncak Everest ditutup pada musim ini berikutan bencana berkenaan.

Ketibaan mereka disambut Pro Canselor UTM Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM Prof Dr Mohd Ismail Abdul Aziz.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 1:14 AM