Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus manakala tepung pula tidak berselerak. Begitulah yang boleh dikatakan dalam perhubungan Fazira Wan Chek atau Erra Fazira dengan bekas suaminya, Engku Emran serta puteri tunggal mereka, Engku Aleesya.

Diakui bahtera perkahwinan Erra dan Emran tidak mampu bertahan lama, namun ia bukanlah penyebab untuk mereka berpatah arang membawa haluan masing-masing.

Sebaliknya hubungan mereka kekal utuh sebagai ibu ayah kepada Aleesya yang kini berusia enam tahun. Justeru tidak hairanlah kedua-dua mereka bersatu meraikan sambutan ulang tahun Aleesya secara meriah pada penghujung Mac lalu.

Bagaimanapun, Erra mengakui rimas dan tertekan apabila ada pihak yang mahu mereka kembali bercantum sebagai satu keluarga sedangkan hakikatnya agak mustahil untuk berbuat demikian.

"Perkara ini harus dipandang daripada sudut positif. Sejak bercerai lagi, saya nak tunjukkan satu perkara yang baik kepada masyarakat iaitu pasangan bercerai tak semestinya bergaduh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 7:49 AM