KEDIAMAN terbaru Celosia Residences yang habis dijual.
KEDIAMAN terbaru Celosia Residences yang habis dijual.

Kuala Lumpur: Glomac Berhad melancarkan projek perbandaran terbarunya, Saujana KLIA dengan unit kediaman teres yang ditawarkan dalam fasa pertama habis dijual.

Fasa pertama projek berkenaan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM130 juta menawarkan Marylis dan Celosia merangkumi 284 unit kediaman teres dua tingkat.

Ia dibina dengan saiz 20 x 70 dan keluasan binaan antara 1,900 kaki persegi hingga 2,000 kaki persegi dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik air serta dua lot meletak kenderaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk Seri FD Iskandar berkata, permintaan memberangsangkan daripada pembeli membuktikan permintaan ke atas kediaman mampu milik masih tinggi.

“Kami akan terus menawarkan kediaman untuk pasaran seperti ini khususnya melalui jenama Glomac yang terbukti menghasilkan kediaman yang diyakini,” katanya.

Saujana KLIA dibina di kawasan 239 ekar di Sepang dengan GDV mencecah RM1.2 bilion. Ia dijangka dibangunkan dalam tempoh lima hingga tujuh tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:08 AM