FORD Everest bakal dilancarkan pertengahan tahun ini.
FORD Everest bakal dilancarkan pertengahan tahun ini.

Bangkok: Ford Motor Company bakal memperluaskan lagi rangkaian kenderaannya melalui pengenalan kenderaan utiliti sukan (SUV) menerusi Ford Everest di Malaysia selepas pertengahan tahun ini.

Presiden Ford Asean, Matt Bradley berkata, Ford Everest itu kenderaan generasi terbaru yang dilengkapi pelbagai ciri terkini dalam kelasnya serta ditawarkan pada harga berpatutan.

“Kami akan terus mengukuhkan rangkaian produk di seluruh Asean dengan menawarkan SUV premium yang kompetitif dan berkeupayaan tinggi.

“Ia akan menjadi kenderaan keluarga yang selesa atau dipandu di atas laluan paling mencabar di rantau Asia Tenggara,” katanya pada majlis pelancarannya di Pameran Motor Bangkok, semalam.

Kenderaan dengan tujuh tempat duduk itu ditawarkan dengan dua varian enjin iaitu 3.2 liter Duratorq lima silinder dan 2.2 liter Duratorq empat silinder.

Ford Everest akan dipasang di kilang AutoAlliance Thailand, Rayong, Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 7:58 AM